CERIA KEMBALI KE SEKOLAH

Alhamdulillah, tahun ini AMAL Pulau Pinang telah memperuntukkan lebih RM10,000 untuk program ’Back To School 2019’ (BTS) yang sebahagian besarnya adalah sumbangan  wang daripada penyumbang daripada seluruh Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang  dan semua ahli jawatankuasa dalam menjayakan program BTS ini.

Seramai 70 orang pelajar menerima manfaat daripada program ini; setiap daripada mereka menerima sumbangan bernilai RM150 iaitu beg sekolah, alat tulis dan wang tunai RM100. Semua pelajar yang terpilih adalah anak-anak daripada golongan B40 termasuk anak-anak yatim.

Kami kongsikan kepada anda sebahagian gambar-gambar ceria para pelajar dan waris yang terpilih untuk menerima sumbangan daripada derma tuan/tuan. Terima kasih kerana menceriakan mereka. Bantuan yang dihulurkan telah mengukirkan senyuman di wajah mereka.

Amal Pulau Pinang  mengalu-alukan sumbangan daripada tuan/puan untuk meneruskan program BTS untuk sesi tahun 2020 ini.

Bersama kita berkongsi rezeki.

#BackToSchool
#BeramalKeranaAllah
#BerkhidmatUntukKemanusiaan
#CeriaKembaliKeSekolah
#AmalPulauPinang
#YayasanAmalMalaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published.

*
*