Hari Wanita Sedunia

Bismillah

Alhamdulillah.

8 MAC 2020 – Sempena Hari Wanita Sedunia, Jabatan Pembangunan Wanita dan Keluarga (AMALNITA), Yayasan Amal Malaysia caw. Pulau Pinang telah menyantuni seramai 21 orang wanita yang besar pengorbanan mereka dalam mencari rezeki membantu keluarga. Keringat mereka perlu dihargai !

Wanita adalah insan yang istimewa.
Dialah ibu
Dialah isteri
Dialah guru
Dialah chef
Dialah perawat
Dialah segalanya dalam memastikan kebahagiaan sebuah keluarga.

Wajarkah mereka dizalimi? Sudah tentu tidak!

Kedatangan Islam telah mengangkat martabat wanita.
Meletakkan wanita di tempat yang istimewa. Diberikan hak untuk merasa bahagia.

Hargailah dan hormatilah wanita !

AMALNITA mengucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada semua kaum HAWA 🙂

Lihatlah wajah-wajah ceria mereka menerima sedikit cenderahati dari AMALNITA Pulau Pinang.

#AmalnitaPulauPinang
#Sayangidanhormatiwanita
#SELAMATHARIWANITA

Leave a Comment

Your email address will not be published.

*
*