Ahlan Wasahlan
Selamat Datang ke Wilayah Amal Pulau Pinang
Yayasan Amal Malaysia (AMAL) atau Amal Foundation of Malaysia (AMAL) telah ditubuhkan pada tahun 2001. Sejak penubuhannya, AMAL banyak menjalankan misi bantuan kemanusiaan melibatkan lebih 40 buah negara di rantau Asia, benua Afrika, Asia dan Eropah. Peristiwa Tsunami Acheh 2004 menyaksikan penyertaan AMAL sebagai badan kebajikan dunia antara paling proaktif menyalurkan bantuan. AMAL juga merupakan rakan kerjasama dengan 9 NGO Kebajikan Antarabangsa dan telah mengasaskan sebuah pertubuhan kebajikan antarabangsa yang dinamakan sebagai International Federation for Relief and Development (IFRD) untuk mengkoordinasi bantuan kemanusiaan kepada masyarakat dunia yang memerlukan bantuan.
Sukarelawan Kami
Kami bersedia memberikan khidmat terbaik atas nama beramal kerana Allah