Sumbangan Ramadan 2020 / 1441H

Ramai yang hantar mesej perlukan bantuan..

Kelmarin, seorang Ustaz aktivis NGO di Shah Alam hantar mesej beliau terima daripada seorang surirumah tinggal di Bagan Ajam yang keputusan wang belanja, tiada duit nak beli susu dan lampin anak. Suami tidak dapat bekerja kerana mengalami kemalangan.

Untuk dapatkan kesahihan kami akan hubungi individu tersebut disamping itu kami berhubung dengan pihak Qaryah Masjid, MPKK atau persatuan penduduk.
Setelah dapatkan maklumat, Ustaz Asri Harun,AJK Amal Pulau Pinang keesokannya terus turun sampaikan sumbangan.

Realitinya memang ramai diluar sana yang keputusan duit, barangan dapur dah habis, tak ada duit nak beli lampin dan susu anak.

Kami bantu seadanya.. Agihkan sumbangan hasil sumbangan daripada Tuan/Puan.

InsyaAllah, kami akan turun lapangan hingga ke petang Raya, untuk santuni Asnaf, khusus untuk Tuan/Puan yang inginkan pahala berganda sedekah dalam bulan Ramadan.

Amal Kongsi Rezeki.. Anda infak kami, sampaikan.

#AKR
#Amalnita
#AmalPulauPinang
#BeramalKeranaAllah
#BerkhidmatUntukKemanusiaan

Leave a Comment

Your email address will not be published.

*
*