Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 / 1441H

Ketibaan Syawal merupakan satu kemenangan yang terbesar bagi setiap umat Islam yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia disifatkan sebagai kemenangan bagi setiap umat Islam hasil dari ‘peperangan’ menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu.

Sempena Syawal yang bakal tiba ini, kami warga kerja Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Pulau Pinang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kami mohon maaf Zahir & Batin sekiranya ada salah dan silap. Terima kasih tidak terhingga buat sukarelawan yang turut membantu dalam setiap aktiviti sumbangan atau ziarah sepanjang bulan Ramadan ini.

Insyallah aktiviti sumbangan & Ziarah tidak hanya berlaku di bulan Ramadan sahaja tetapi akan diteruskan sepanjang tahun.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

#BeramalKeranaAllah

Leave a Comment

Your email address will not be published.

*
*