Jejak Mualaf Daerah Bukit Mertajam
Alhamdulillah, pagi ini bersama dengan AJK PERKIM (Persatuan Kebajikan Islam Malaysia) Cawangan Bukit Mertajam menyantuni mualaf sekitar daerah Bukit Mertajam.
10 orang muallaf atau Saudara Baru yang diselenggarakan oleh PERKIM Bukit Mertajam telah dipilih untuk menerima sumbangan.
Dalam program pagi tadi 5 orang muallaf telah dapat disantuni bersemuka. Manakala 5 orang lagi sumbangan akan disampaikan sendiri AJK PERKIM kepada penerima terpilih.
Jazakallahu khairan, terima kasih kepada penyumbang dalam program Amal Kongsi Rezeki, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pulau Pinang.
InsyaAllah, program Jejak Mualaf ini akan diteruskan atas dokongan penyumbang.